.KENCING.

selepas insiden eksiden karangan lepas, satu lagi insiden berlaku. ini gua panggil insiden tahan kencing. sebab memang itu yang terjadi.

kisahnya begini, lepas Met langgar punggung kereta gua, kita bergegas balik jugak. Sudah lambat dan matahari pun sudah sampai afrika. Lagi satu jam mungkin sudah boleh nampak agaknya. Gua tidak mahu tengok matahari sebelum gua sampai bilik. jadi kita berlumba balik melalu ceruk ceruk jalan teruk berdekatan Valdor. Roda keretaku agaknya sudah bengkang bengkok. Tak apa, roda ku buatan Jepun, tahan lasak.

sambil kita berlumba balik, Met mintak kita pekena Nasi kandar Telekom. Gua OK aje sebab memang best nasi telekom ini. Tambah lagi dengan perut ku yang berbunyi macam ayam jantan berkokok ini memang sepadan.

Setengah jam kemudian, kita sampai depan Telekom. Parking tepi longkang. Met turun, terus dia pergi ke longkang. Gua ingatkan dia nak muntah. Tak apa, gua tengok belakang, satu pasukan polis sedang pekena nasi kandar jugak. Mesti lepas buat projek Mat Rempit atau tahan mabuk ini.

Gua pusing balik. Met sedang sibuk membuka ZIP.

Mak aduh, rupanya dia nak kencing tepi longkang depan TELEKOM. Gua lantas jerit dalam bahasa cina. "Polis belakang woi! Belakang!".

Nasib baik Met sempat kemut balik koneknya. Dia pusing belakang. Nampak polis, zip balik.




Nampaknya, tahan kencing lah budak ini sampai dia jumpa tandas baru. Dalam hati gua gelak sebab gua patut rakamkan video adegan tadi. Biar dia kena tangkap polis... kemudian pekena kat YOUTUBE.

Nasib baik gua tak JAHAT.
blog concerns
January 12, 2010
4

Comments

Anonymous said…
hampeh! haram jadah!
Jimmy Ang said…
Met, relaks bro.

zuliana, hahahaha. gelak sama dia.
Anonymous said…
gelak lagi. gelak sampai perut pecah.

Search

Recent Comments