image from here.
Hari ini 29 haribulan.
Sudah hampir dua tahun gua hidup dengan peluang kedua. Dan sudah hampir satu tahun gua bertekad mengubah gaya hidup gua.
Tahun ini banyak yang I capai dan gua sangat syukur dengan hidup yang I ada. Walaupun I tak menang TOTO atau 4D tapi insyallah gua masih hidup sihat dan kuat macam harimau belang.
Bulan satu tahun ini tidak banyak yang berubah dalam hidup. Gua masih merasai dan mengecapi segala yang tuhan berikan. Setiap perkara kecil I hayati dengan perasaan berbeza, perasaan kesyukuran.
Bulan dua I masuk radio. Tak banyak yang I cakapkan tetapi I nasihatkan pemuda sekarang supaya jangan terlalu leka mengejar duniawi sehingga lupa perkara-perkara yang penting seperti persaudaraan, cinta, kasih sayang, persahabatan, dan jangan habiskan masa mengejar benda benda fizikal sahaja. Luangkan masa untuk orang yang tercinta.
Bulan empat tahun ini I berucap di MAPCU tentang pengalaman saya sebagai penerima organ. Saya berkisah tentang harapan, perasaan tidak berputus asa dan kasih sayang serta sokongan orang terdekat, Bulan ini juga kali pertama gua menaiki keretapi. :)
Lepas itu kebanyakan hari gua hanya bekerja sahaja sehingga percutian gua ke Krabi lagi. Di situ, gua menaiki gajah dan memandikan gajah.
Bulan lima banyak yang gua alami. Gua bercuti ke Boracay, Filipina dengan enam lagi kengkawan gua. Banyak yang I perolehi dan rasai di sana. Bulan lima juga gua bercuti ke Pulau Perhentian. Kawasan itu mungkin tidak sejauh Boracay atau seindah tetapi pengalaman yang gua alami di sana tidak dapat I lupakan. Tiga hari dua malam gua di sana. Memang berbeza pandangan langit di kepulauan terpencil berbanding kepulauan bandar seperti Pulau Pinang.
Bulan sebelas, gua membawa beg gua ke Vietnam sekali lagi. Kali ini pengalaman yang sangat berbeza. I mendaki bukit ke Sapa dan menjelajahi lautan di Ha Long Bay, Tahun ini, banyak pengalaman yang I dapat dari perjalanan gua. Mungkin perjalanan ini pendek tetapi pengalaman dan pengajarannya panjang. Hidup kita sekadar memori duniawi. Harta yang kita perolehi sekiranya cukup untuk kita hidup selesa, janganlah kita tamak haloba sehingga mengingkari perasaan dan nurani kita.
Luangkan masa untuk orang tercinta, habiskan wang untuk pengalaman yang dapat menguatkan rohani kita. Kamu mungkin hebat, kamu mungkin kaya tetapi banyak lagi yang lagi hebat, lagi kaya. Tetapi sekiranya kamu mulia dan kamu baik, tidak akan ada orang bandingkan siapa lagi yang lebih baik, siapa lagi yang lebih mulia. Kerana itu sudah memadai.
Kalau anda boring, lihat penutup 2014 gua disini.
related posts
daily dose
December 29, 2015
0
Comments