Monday, June 14, 2010

.jaga jaga karma.

Gua pergi LowYat ngan NottyNit. Dia nak beli kipas USB murahan utk kawan dia. Entah siapa yang malang sangat dapat hadiah itu. At least dia tak cheapskate, dia tambah RM1 untuk beli yang paling power punya kipas. Gua suka orang yang tak kedekut.

Gua juga sekali intip-intip tetikus untuk laptop aku. Nak harapkan yang wireless ni tak boleh jugak, asyik serap bateri aje. Respon pun lambat sikit. Gua tak suka.

Sedang I ngan NottyNit bicara kipas mana yang paling power, datang auntie entah dari mana dengan tak salam pun tiba tiba "cup" kami.

"I want to buy a fan but not the USB type but my modem is hot..." kata auntie tu. (powederful gak England dia)

Mind gua blank. NottyNit pun blank jugak.

Gua dengan tak berfikir panjang berkata apa-apa saja yang terlintas atas fikiran gua.

"Maybe u can find those kind of fans in an... electrical shop?" gua berbisik.

*bunyi cengkerik selama 5 saat*

NottyNit terkaku. Auntie terkaku.

Tiba tiba auntie dgn rimas kata "Eh, not that kind of fan lar". Sambil auntie berjalan meninggalkan kami.

Gua rasa puas hati jadi jahat.

2 commented:

nn9ty said...

gua betul betul terkaku dan terpaku... karma b!tch... it will come back and bite you in the ass...

zeemi said...

well, wouldn't be the first time...