OTW to Pangkor


Gua bangun pukul 2.30 pagi. Sebenarnya gua belum tidur lagi pun. Agak excited nak pergi trip. Tapi ada sikit rimas sebab gua ambil cuti pergi melancong dengan kengkawan gua yang gediks.

Lepas bangun gua mandi. Beg merah sudah dikemaskinikan semalam. Kalo belum bersedia, lebih baik gua bunuh diri sebab satu malam gua tak tidur, takkan tengok dinding saje? Rambut gua pun sudah stylo-milo. Tengok jam lagi. Jam menunjukkan pukul 3.00 sekarang. Gua sudah bersedia.

Abbas minta bertemu pukul 4.00 tapi gua tahu gua nak buat stop kat McDonald's dulu. Sambil bertolak gua nak pekena McD. Baru rugged, gaya, mutu, keunggulan. Gua sampai dekat McD Auto City pukul 3.30. Lepas gua order semo, gua pekena berita terkini dari akhbar The Sun... sebab free dan sedia-ada tepi kaunter. Awek kaunter tak seberapa cantik pantai di Pangkor, jadi gua tak hirau. Gua teruskan perjalanan.

Setibanya di depan rumah Abbas, gua berdiri bersandarkan kereta gua sambil menghirup udara pagi + milo panas McD. Jam sudah menunjukkan pukul 3.55. Kita sudah hampir nak bertolak. Gua rasa excited tapi gua tidak jerit panngil Abbas atau "housemates" dia. Nanti kacau persiapan mereka.

Pukul 3.56 ada orang buka pintu depan. "Housemate" Abbas panggil nama gua... minta gua masuk. Gua terkejut... masalahnya...


DIA PAKAI PAKAIAN TIDUR LAGI. Gua duduk mulut muncung stail emo sambil tunggu mereka bersiap.

Comments

Tok Rimau said…
Ahad gua kat Lumut. 012-7367772. Kalau boring la.
zeemi said…
Apa ini Tok, gua sudah sampai baru lu pergi. Anyway, almost got the number of Kompleks Masyarakat Penyanyang. Will ask her the price for 1 night.

Popular Posts