Repost dari semalam sebab aktiviti SAMA!

Jam besar dinding menunjukkan pukl 7.30. Gua nak cakap pagi tapi untuk mengumumkan pukul 7.30 sebagai pagi agak pelik. Gua rasa macam malam sahaja.

Gua berdiri dan tengok cermin, rambutku tidak terurus, meninggi macam Guile dalam Street Fighter. Gua tersengih sedikit. Mata masih tidak ingin buka tetapi cahaya matahari sudah menyakitkan mata. Gua terenget-enget menuju ke bilik mandi, mata kecil.

Air panas dari showerku agak menenangkan. Gua teringat kembali peristiwa semalam. Gua tidak ingat minuman apa yang kita ambil tetapi gua ingat sessi "cheers" dan semangat "dancefloor" kami. Ramai yang turut serta, gua ingat nama Amber... yang lain sudah lupa. Unless yang gua sudah kenal lama. Tetapi yang baru gua sudah tidak ingat. Rupa mereka pun agak kabur, seperti lukisan air yang dicemari air hujan.

Gua tidak ingat nombor telefon mereka sebab gua tidak minta. Gua tidak ingin minta sebab gua lagak macho. Tak ingin jadi bapak ayam macam lelaki putih dan ahBeng-Beng dalam kelab.




Tuhan denda gua. Patutlah gua bangun sorang-sorang tadi. Gua gosok gigi termenung kejadian semalam. Gua tersengih.

Malam nanti nak pergi Slippery Senoritas Juru or QEII? Tengok dulu rancangan skema kawan-kawanku nanti.


Malam nanti nak pergi Sunday's Cafe jumpa ZaiZai kemudian bertolak ke rumah Hee. Saturday nights FTW!
bullshit
November 28, 2009
1

Comments

speedrider said…
Woi.. lu tulis in BM! The old Ang Chiew Chuan that I've knew some 14-19 years ago!!!

Search

Recent Comments