Nak bungkus hamper itu satu kemahiran.

Gua beli hamper untuk client. Minivin mintak beli dari kedai kakak dia. Gua cakap ok. Minivin cakap awek dia pandai balut hamper. Gua kata takpe, sekadar balutan tu ala kadar dah cukup.

Jadi gua turun kat kedai akak Minivin semalam, SlinkySuz. Gua order hamper gua. Dia bungkus. Sambil tunggu dia bungkus gua duduk atas kerusi makan aiskrim. Gua tengok dia bungkus. Sambil tengok gua komen kata awek Minivin lagi pandai bungkus. Gua mintak dia jangan hampakan gua.

Lepas setengah jam dan 2 plastik pembungkus yang rosak. Dia hampir siap.

Gua kata "Bila awek Minivin balik kerja?"
SlinkySuz tanya "Kenapa?"
Gua jawab "Gua sebenarnya boleh tunggu hamper ini sampai esok... baik you balik mintak dia bungkus"
SlinkySuz tak puas hati.. "tak cantik ke?"
Gua diam seketika... "Bukan tak cantik, masih boleh diperbaiki kan?"

"Jahat" jawab SlinkySuz.



Amacam? Gua ada gaya politikus tak? Sbb kalo SlinkySuz yang bungkus... gua tak berani bawa ke ofis client.

Comments

Popular Posts