.Gua bunuh ayam tadi.

Gua hari ini lepas dari kandang. 9 hari membaham sayur sudah berlalu. Sekarang gua boleh makan daging. Tak kira daging apa pun, gua sudah boleh telan.

Petang tadi, gua minta Zati (awek cun opis gua) bungkus nasi untuk gua. Gua cakap "Ayam x 2, Sayur - Kubis, Telur Goreng, kuah pelbagai, bandung 2 bungkus... itu saje kot."

Dia terkejut. Dia kata malu nanti orang ingat dia makan macam raksasa.

"Apa gua nampak macam raksasa ke?" fikir gua. "Takpe, pisah dua bungkus. Mintak nasi kurang sikit" nasihat gua.

Dia kata OK.

Lepas satu jam, dia balik. Gua baham nasi gua dengan gelojoh.

Lepas makan, perut buncit. Gua rasa macam dah bunuh seekor ayam untuk 'Lunch'. Dosa oh dosa.

Comments

pelf said…
Sebab itu semakin gemuk lah. Makan macam tak pernah makan daging, LOL. Lagi panggil awek tolong dapao-kan. Kalau saya pun malu lah, LOL. nanti orang ingat perut saya banyak cacing, makan banyak tapi masih kurus lagi, LOL.
zeemi said…
I tak tahu malu. LOL.

Popular Posts