.eksiden di Jalan Raja Uda.

Gua duduk minum kopi di kedai mamak "Salam". Buka 24 jam. Best, nak duduk sampai bila-bila pun boleh. Sambil duduk minum teh tarik dan makan roti canai, gua terbatuk-batuk.

Tiba-tiba terdengar bunyi ala letupan. Satu Salam lari keluar tengok keadaan.
Gua tak ingin, tapi kawan gua dah 200 meter jauh. Gua pun bayar untuk semua dan bergegas tengok keadaan.

Eksiden rupanya. Satu kereta iswara hitam hentam dua kereta Mercedes. Yang peliknya, dua kereta Merc itu tengah parking. Gua kesian budak yang keluar dari kedai nanti. Mesti terkejut tengok kereta dia yang kena hentam macam taufu. Hahaha. Gua tak ingin gelak tapi dalam hati terkiut juga. Kalo gua mesti pening.

gua dan kawan duduk sana setengah jam. Tengok kereta bomba, tengok orang lain yang datang parking dan turun tengok, tengok polis datang... banyak juga yang gua tengok. Pertama kali menyibuk sebagai orang luar. Selalunya, kereta gua yang kena...

Lepas setengah jam, kita bergegas balik. Dalam hati gua takut nak keluar malam lagi. Sebab tengah tidur dalam kedai pun kereta boleh jadi macam taufu.


Comments

Popular Posts