Friday, August 28, 2009

.taktik miskin.

Menjelang akhir bulan gua memang susah. Nak makan pun kena fikir 2 kali. Kalo hidup tiap tiap hari macam ini, dah lama gua putus asa.

Malam ini mak tak masak. Dia suruh gua settle sendiri macam hutang lintah darat gua yang semakin bertimbun. Apa tak, loan gua dengan bank memang belum settle. Bank pun bodoh, gua miskin macam unta pun diorang nak approve loan RM200,000 ngan loan RM70,000. Gua rasa kalu gua mintak loan 1 juta pun approve jugak. Sebab kalo tak buat loan dgn interest takkan nak harap kitorang masuk duit kumpul interest? Sekarang, gua dah tak dengar dah benda benda cam fixed deposit ni. Tak glamer kalo kita cakap ngan kawan.

Semo orang dalam era "investment" ni. Baru boleh dibawa keluar berbincang ngan kawan. Nak cakap pasal fixed deposit macam budak umur 3 tahun cakap pasal cinta. Mesti gelak satu kampung.

Investment gua selalunya atas diri. Sebab gua rasa kalo invest atas diri memang berbaloi. Kurang kurang gua tahu mana duit gua pergi. Lu pulak, invest mana? Petronas? Genting? Entah apa apa lah hangpa ni. Invest diri lagi bagus, boleh dapat baju baru, awek pandang dua kali. Jalan pun terkangkang lebih.

Anyway, lima minit lepas keluar rumah dan angan angan, gua sampai pasar ramadhan.
Gua turun kereta Vios macam orang kaya. Gua pergi tepi longkang, duduk kangkang... chek balance. Dalam poket ada RM10. Semo dalam duit kecil RM1. Gua duduk tepi longkang pikir nak pekena rokok 500 batang. Entah boleh kenyang dulu atau mati dulu?

Gua masuk kereta balik rumah, tak beli makanan pun. Kemudian gua duduk atas sofa tengok TV. Handphone gua ambil keluar dari kocek seluar jeans Levi's yang baru beli bulan lepas. Masa itu, awal bulan lagi.

Gua tekan "SMS" mintak abang beli makanan balik untuk satu keluarga. Malam ini gua terlepas lagi. Esok entahlah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

5 commented:

Tok Rimau said...

Biar papa asal bergaya.

zeemi said...

Yeah tok. tapi kan bagus kalo boleh kaya dan gaya. "It even rhymes".

trowa said...

gua pon sama jimmy. hari ni bukak wallet nampak jer tinggal 37 ringgit jer. bayar roti bakar rm2.20 tinggal 34.80. 80 sen masuk kreta utk parking.

pandu cepat sikit balik lab sesyen, ntah lah bulan 7 ker sway ker... nampak evo putih ada lambang helang ngan lampu biru. 'tolonglah bang, dah tinggal nih sajer'..... dia pun nak hantam gua punya duit kao kao. tinggal 4.80 jer...

boleh call u deliver dinner bagi gua?

budakbarublaja said...

kesian jim jim

zeemi said...

trowa, boleh call i. tapi mungkin u akan mati sebelum dinner u sampai.

azuro, timo kasih. untuk derma, boleh telefon saya.