Sabtu lepas gua ada workshop Alpha flash Sony. Organizer kata nak tembak orang dekat pantai masa "Sunset". Gua pun daftarkan diri. Terhegeh-hegeh sebab sunset memang cantik.

Jadi Jumaat lepas gua pun buat persediaan. Check camera, check lensa, check flash, check memory card dan check bateri. Bateri tinggal 15% sahaja. Jadi gua pun charge.

Sabtu pagi gua dah bersedia. Masukkan semua benda dalam beg dan bergegas bertemu Ndru di Ferringhi. Kelajuan kereta gua masa itu agak perlahan, jadi tidak hairan kita sampai di workshop 15 minit lambat. Apa nak hairan, istiadat orang Malaysia lah... Tak standard sampai cepat, nanti orang ingat kita tak penting.

Gua tengok workshop belum mula lagi. Gua duduk di sudut belakang dengan Ndru. Memang terasa macam universiti sekali lagi. Sambil menunggu gua tengok pekeliling, ramai orang yang datang. Semua pakai camera. Kenapa takde orang pakai Sony Ericsson ke? Compact camera ka? Apa? Tak leh guna flash ke kalau pakai Sony Ericsson atau compact?

Gua pun ambil keluar camera gua dan "ON".

15 minit kemudian, gua dalam perjalanan balik rumah. Kereta gua memecut dengan kadar 110km/j di basahi hujan lebat. Tangan gua tergetar-getar kontrol steering. Kaki gua berpeluh kontrol minyak dan brek.

Gua menjerit, "Tunggu gua bateri asam!"


Ya, gua lupa bawa bateri yang masih dalam charger. FML.

-----------------------------------------------------------------

Day Ninety Eight - Side Light


Borrowed someone's flash light from the left of camera. The person was shooting and I captured it in that instance to create this side light.

Since it was a workshop and we were not allowed to strobe off camera, I had to resort to some trickery for this shot. She posed facing the photogs and I sneaked to the side for this shot.

Processed in Lightroom for B&W effect.

Strobist info: 1 flash (god knows what model @ what setting) on-camera left of camera (geddit?).
blog concerns
July 12, 2009
0

Search

Recent Comments