Tuesday, May 5, 2009

.hilang macho.

awalnya gua nak bercakap tentang kawanku Harvin. tapi itu untuk hari lain sebab perihal Harvin ini memang lucu gilar.

Jadi gua hari ini nak cerita pasal gua sendiri. Peduli apa gua, gua memang kulit tebal.

Gua kecik sekolah menengah dahulu masuk Bulan Sabit, sebab Pengakap gua dah masuk masa kecik sekolah rendah. tak macho. perempuan tak ramai. masuk hutan masak telur sahaja. Lepas itu, cikgu kena rasa dulu. Gua macam terpedaya memasak untuk cikgu gua.

tapi memang best.

anyway... memandangkan kebanyakan kawan gua tak taksub dengan pengakap ini, kita masuk Bulan Sabit. Pakaian putih lagi macho daripada hijau kotor.

antara aktiviti bulan sabit ialah berkawad macam orang bodoh bawah matahari terik. entah bagaimana gua boleh terpedaya dulu. sekarang nak keluar kereta pun kena henti tempat teduh.

Walaubagaimanapun... aktiviti yang kita semo tunggu ialah Flag day, Hari bendera atau hari mengutip derma. Sebab ramai aweks dari sekolah lain akan datang. Dan gua akan berpeluang menunjuk kemachoan gua.

Pada masa itu, gua dan geng gua pandai main takraw. Kalo ko tak pahem apebendanya tu takraw, usah bimbang... wikipedia ada. So as I was saying, kita dah pandai main takraw.. jadi kita bawa bola rotan itu ke HQ Bulan Sabit untuk menunjuk skill lepas kutipan wang kami. Maklumlah, semasa kutipan semo orang keluar, nak asah bakat boleh, tapi nak menunjuk takleh.

Jadi, sesampainya pukul 6.00 malam, kami berkumpul di tepi pagar sambil membuat bunyi bising menarik perhatian. masa itu gua tak tahu beruk pun menarik perhatian betina dengan membuat bunyi.

Masa bermain takraw. bola rotan jatuh luar pagar. Gua yang paling dekat dengan pagar pun pergi kutip. Sesampai kat luar pagar, budak perempuan dari Sek Convent datang. Gua tak nampak muka tapi gua perasan skirt dia. Memang sah dia jantina lain. Gua tak pandang dia, gua tengok pagar yang setinggi kera itu dan membuat keputusan menunjukkan yang gua ini "Alpha Male" dalam kumpulan.

Gua menilai ketinggian pagar itu dan ketinggian kaki gua tambah dengan arah tiupan angin dan kelajuan tiupan angin. Tolak pulak dengan geseran atom dan tarikan graviti. Kesimpulannya.. Gua boleh lompat!

5 saat selepas itu, muka gua atas tanah. Itu tak malu, yang malu gua buat bunyi "Aiyak..."

Perempuan itu berdiri ternganga depan gua. Kawanku semo gelak sahaja. Gua cuba tutup muka gua dengan tangan tapi tangan gua tak cukup besar.



Keesokannya, gua balik sekolah main bola keranjang.

--------------------------------------------------

#35 of Project 365

I walked out with a different photoshoot in mind but it started to rain heavily. Then I headed down to the beach and tried to capture the raining atmosphere but it stopped to a drizzle.

The boat is tied to a log at the beach. Rows and rows of tied boats. The background overlooks Penang Island. Notice the murky water. The place is full of mud and dirt, yet it is called "Clean Beach". Irony.


#35 A tied boat makes a good boat - original image

3 commented:

beep said...

LOL....i feel u bro.nxt time just act cool.b natural.

Samantha said...

hahaha I remember that story. wish I was there to see the whole thing LOL

zeemi said...

beep, skrg aku dah insaf.

Sam, next time i take video to show you. re-enact.