Wednesday, April 22, 2009

.awek kiut bangunan opis gua.

Ada satu awek kiut kerja dalam satu bangunan dengan gua. Memang kiut melekiut tapi gua tak kenal dia. Tiap tiap hari dia akan datang pukul 8 tepat dan balik pukul 6 tepat.

Kadang kala gua terserempak dengan dia semasa naik parking atau semasa hendak balik rumah. Sudah satu setengah tahun gua kerja di bangunan ini. Gua terserempak dengan awek ini hanya lima enam kali sahaja. Susah jodoh kami. Memang tak ngam.

Tetapi satu minggu lepas, gua tidak nampak kereta awek kiut itu lagi. Gua gabra. Sebab awek kiut itu memang salah satu sebab gua bangun awal pagi ke kerja. Dalam masa satu minggu ini, gua asyik memberi alasan dan sebab kenapa awek ini tidak datang ke kerja lagi. Gua enggan percaya yang awek ini sudah kena VSS ataupun sudah berhenti. Gua hypnosis diri yang awek ini memang ambil cuti sahaja. Ataupun tukar kereta baru.

Tapi semakin hari semakin tipis peluang gua. Gua bertekad bahawa kalau gua terserempak dengan awek ini lagi, gua akan ambil nombor dia. Gua akan tegur dia. Sudah saban hari kita berdua senyum-lenyum sahaja tanpa bercakap. Gua bertekad nak mengambil langkah pertama lain kali. Walaupun terserempak luar opis. Tiap tiap hari dalam perjalanan ke kerja ataupun lima minit sebelum balik kerja, gua berlatih dialog gua.

"Eh, lama tak nampak?" akan menjadi pangkal awal percakapan gua. Yang seterusnya gua akan terpulang kepada skill. Memang tak boleh hafal. Nanti tak menjadi ikut topik gua akan ternganga, malu.

Pagi lepas secara ajaib bin mustahil, gua nampak awek kiut lagi. Dia sudah parking dan sedang berjalan ke arah lif.. Gua pun guna tahap kesepuluh kungfu parking gua dan parking dalam 5 saat. Kemudian gua berlari dengan senyap ke arah lif, mengharapkan lif lambat sampai hari ini. Atau rosak.

Tuhan menyebelahi gua. Dia belum masuk lif lagi. gua tercungap-cungap menuggu lif bersama awek kiut itu. Kita senyum lagi. Kemudian lif terbuka.

Kami masuk ke dalam lif. Saya tekan tingkat 13, dia tekan tingkat 15. Pintu tutup dan kami berdiri diam sejenak.

Gua dapat rasa hati dan perut gua semakin graba. Gua tidak boleh membuka mulut. Peluh mengalir.

Gua berdoa lif cepat sampai tingkat 13.

"TING" lif berbunyi. Gua dengan cepat meluru keluar tanpa menoleh atau mengucap "Selamat Tinggal" kepada awek kiut itu.

Sebaik sahaja lif tutup. Gua kembali bernafas dan melepaskan 'bom kentut'. Punggung gua tidak kemut lagi.

Kemudian gua senyum dan masuk ke dalam opis.
Dalam hati gua berfikir "Esok ada lagi!".

---------------------------------------------------------

Today is Earth day. Let's celebrate it for our children. I googled Earth day just now and found out the founder of Earth day is a fella named ... GAYLORD Nelson. No wonder its not heavily advertised.

In conjunction with Earth day, me think me is gonna go out shoot something suitable for Earth day in my Project 365. Any suggestions?

---------------------------------------------------------

WOOOOO! My car is almost out of the workshop. I know I've been talking like its about to be out since... I don't know a couple of weeks back. But this time, its different. I went there yesterday to take a peek and it is officially completely assembled. All that's left is to fill in some insurance forms. I'm so god damn excited can?

---------------------------------------------------------

Project 365 Update


I used to wish I could play like Elvis. Now I only wish I didn't suck so bad at it.

#22 Simply a dream - original image

2 commented:

Leen the mafia said...

Aduhhh! Grab the next chance and dont let go. Dayumm it Jimmy, chia yu chia yu!

zeemi said...

Wokeh.. gua tambah minyak.