Saturday, March 7, 2009

.mana Stadium Negara?

Gua sudah bersiap untuk pergi konsert pukul 6.30 malam. Berbekalkan sebuah beg berisi kamera, gua pergi menuju ke arah Stesen LRT Salak Selatan. Destinasi gua ialah Bukit Jalil.

Ini sebab dua orang bodoh beritahu gua Stadium Negara ada di sebelah Stadium Bukit Jalil. Gua tidak tahu. Apa nak tahu, gua bukannya orang KL. Gua bukannya selalu pergi Stadium buat lumba lari.

Gua berpeluh sebab gua jalan agak jauh ke stesen LRT. Panas lagi pukul 6.30 malam itu. Takpe, gua sabar sebab berbekalkan semangat jitu, gua memang ingin sangat nak tengok konsert ini. Kalo tak ROCK, esok gua beli bom tangan dari Bin Laden dan letupkan Stadium Negara.

Tengah LRT itu jalan, tiba tiba telefon gua berdering. Awek itu kata gua sudah salah, patut pergi ke Stadium MERDEKA dekat dengan PUDU. Gua gelabah. Sebab gua tak tahu macam mana keluar. Nak naik teksi atau terus menggunakan LRT?

Gua turun di Stesen Bukit Jalil dan tanya kak kaunter (semua makcik dekat kaunter atau menjual barang gua panggil 'kak' sebab baru macho) "Kak, nak pergi Stadium Merdeka henti dekat Hang Tuah?

"YA" jawab kak kaunter itu dengan muka penuh keinginan mencekik I sebab kebodohan I. Dia tanya ada apa di sana.

Gua jawab "Konsert." Gua ingat kalau nak 'explain' si Jason Mraz itu, gua tak sempat sampai Stadium Negara dah.

Jadi, berbekalkan tiket baru gua menuju ke arah Hang Tuah. Sesampai di Hang Tuah, gua tanya lagi mamak MACHO kat kedai surat khabar bawah stesen itu mana Stadium Negara? Sambil itu gua malu dan beli sebotol air. "Cover".

Dia kata "Jalan depan pusing kanan, dekat saja"

Gua angguk dan terus jalan sampai ke penghujung jalan dan pusing kanan. Tak nampak lagi. Sudah agak jauh gua jalan. Gua berhenti dalam stesen BHP dan tanya mamak MACHO jaga pam.

"Boss, mana Stadium Negara?"

"Belakang sini. Jalan balik dan ikut kiri".

Macam main taichi berdolak dalih dua puaka ini.

Gua jalan balik secara perlahan. Ini kerana peluh gua sudah sampai ke lubang perut gua.
5 minit kemudian, gua NAMPAK STADIUM itu! Rupanya gua sudah terlepas Stadium Negara tadi.

Gua bertekad tidak akan melakukan kesalahan yang memalukan seperti ini lagi. Gua kalah kepada otak dua orang Mamak MACHO yang jaga surat khabar dan jaga stesen pam serta seorang kak jaga kaunter.

Gua tidak mahu malu lagi. Gua bertekad akan celik arah.

Cakap, CAKAP
... Mana nak beli mesin GPS yang cantum ngan jam tangan?

5 commented:

Tok Rimau said...

Lu tahu tahu ada satu laman namanya Google Map?

zeemi said...

Kesilapan terbesar I ialah terlampau percayakan KAWAN tok!

Sumpah lepas ini.. TRUST NOONE dah.

Samantha said...

beli GPS phone lo :D

ndru said...

lain kali pakai itu device panggil GPS. u boleh pinjam sama Mr Gadget.

:)

zeemi said...

Sam: I'm poor now. I splurge on my camera which needs new accessories, my car is in need of facial reconstruction and now my MAC is in a coma.

Ndru: Cakap awal awal. Bengong dibuat aku.