Friday, February 20, 2009

.siapa makcik?

gua sampai dekat trafik light depan rumah gua. lampu merah. baru saja. mungkin ada 60 saat lagi. gua lepak sambil dengar lagu entah ape-ape dalam kereta.

belakang gua ada satu kereta "silver". Besar dari kereta gua. Gua tak kisah jadi gua tengok lampu depan saja.

Awek belakang turun kereta. Dalam hati, ku berkata.. "siapa awek yang berani sangat turun kereta tgh trafik light merah dan nak pergi mana pulak awek ini?"

Nasib baik gua depan dia... kalau gua belakang awek ini, confirm gua sudah hon!

Gua memerhatikan awek itu. Muka dia gua tak nampak sebab "cutoff view" dari skrin belakang.
Dia berjalan ke depan. Dan gua tengok dia ketuk cermin gua.

Alamak, rupa-rupanya awek tua ini MAK gua. Dia turun kereta nak pass kat gua benda bawa balik rumah sebab dia nak terus pergi Majlis Perbandaran.

Nasib baik gua belum caci MAK gua. Peluh mengalir takut kena petir sbb cuaca mendung.

1 commented:

Tok Rimau said...

Lu memamng anak derhaka. patut kena telan bumi. ha ha ah.