.minyak Shell gua.

pukul 4 Hunny call gua. bukan 3 atau 5 atau 6 tapi 4. gua rasa macam mata gua baru exercise ketuk ketampi aje. letih gila macam nak runtuh kelopak mataku.

tapi takpe, Hunny datang. gua kena layan.

gua pun bangun dan gosok gigi, set rambut... pakai baju (apabendenya.. tentulah gua pakai baju tak naked) pakai seluar kemudian gua naik kereta Suzuki Swift gua.

gua tengok minyak dah nak habis. takpe, mesti cukup. gua ambil Hunny dari stesen bus kemudian gua akan bergegas ke Stesen Shell terdekat.

Gua nak guna Butterworth Outer Ring Road. Kena bayar tol tapi lagi cepat sampai. takpe, nanti si Puteri Hunny ini tunggu gua.


(5 minit kemudian)


Gua telefon Hunny : Eh Hunny, kereta gua habis minyak. Sekarang tengah jalan pergi stesen minyak mintak botol isi minyak kejap. Ko tunggu ye.

Hunny tak marah. Gelak saja.

Gua dalam hati mencaci Shell. Lebih kilometer konon. Gua dah kira, sama saja dengan Mobil atau Petronas.

Tetiba, mat rempit sebelah lalu. Nampak gua. Gua tak kisah. Lagi dua lalu. Gua takut kena rompak. Langkah gua semakin cepat.

"Phweeettt...woit!" salah satu Mat Rempit menjerit ke arah gua.

dari situ, gua mengambil langkah seribu.
gua lari. takut kena rogol. Dalam langkah seribu itu, gua tahu punggung gua tak pernah berhenti mengemut.
daily dose
January 17, 2009
2

Comments

budakbarublaja said…
persoalan aku....diakhir pembacaan?

1.adakah orang yang sanggup merogol penulis?
2.berapakah jarak keseluruhan larian penulis?
3.Pada pukul berapakah hunny diselamatkan dari stesen bas puaka itu?
Jimmy Ang said…
jawapan aku:

1. ada... tapi tak banyak.
2. 1 meter. kemudian dah penat. langkah semakin perlahan.
3. lepas 15 minit. kerana walaupun jalan... gua lebih cepat dari basikal tiga roda.

amacam?

Search

Recent Comments