Saturday, December 27, 2008

.gempa bumi.

Kita berempat bermain poker diatas kerusi "siap bina" piknik budak budak. jenis yang boleh dibawa ke taman dan dibuka dan dipasang.

Meja itu tak tulis ada had berat pun. Apa lagi? Kita berempat pun bermain Texas Hold-Em Poker atas meja piknik kecil itu.

Gua ada dua kad, Satu 3 dan satu lagi K. Memang tipis peluang aku untuk menang.

Tapi atas meja ada kad "3,6,3,3,Q".

Kesimpulannya. Kad gua kad yang terbesar. Kebarangkalian ada orang yang lebih besar dari gua memang tak ada.

Apa lagi, gua pun mengambil peluang ini melatah semua bet yang ada dalam meja. Gua up lagi dengan RM250.

Budak itu terkedut kedut ikut. Mungkin dia ada kad Q yang terbesar. Entah lah. Tapi gua yakin.

Gua pun buka kad gua dan menunjukkan kad gua. Memang sah gua menang.

Tiba tiba ada gempa bumi.

Di saat kemenangan terhebat gua, gempa bumi menyebabkan kerusi gua patah.

Diorang kata gua paling gemuk. Tidak, gua tak percaya. Memang gempa bumi.

Diam diam gua menyimpan kerusi "siap bina" piknik budak budak itu. Tapi dalam perjalanan balik gua ala senyap seperti James Bond menimbang diri. 72kg. Gua nak body seperti Nicole ritchie lepas ini. Paling banyak 35 kg saja. Amacam, masa itu.. mesti orang tak samakan gua dengan badan Jack Black lagi.