.b'fast roti canai.

Gua sudah sampai.

Kawan gua belum sampai lagi. Haram jadah mereka ini, kata pukul 8.00 pagi. Gua ingat gua sudah lambat sampai 8.35 tapi batang hidung mereka masih hilang. Nasib gua tak sampai pukul 8. Kalo tak, sudah terkapai-kapai mulut gua mencaci mereka sekarang.

Kalo boleh, ku rasa breakfast pun tak payah lah makan. Siap skip sampai lunch aje. Baru macho (tak ada duit tu alasan tak nampak macho aje. Beli baju baru? Tak macho baju tu. Makan kat Starbucks? Tak macho lah, baik pekena teh tarik Mamak Ali aje.)

Tak macholah duduk sorang sorang dekat kedai kopi tunggu kawan. Kalo tunggu makwe gua takpe, ni tunggu batang pulak. Tak pe, gua sabar. Kan orang kata sabar itu separuh daripada iman. Whatever le.

Sambil gua duduk tu, terfikir pulak gua nak layan sebatang rokok. Tapi gua dah berhenti.

Actually, gua takde duit beli rokok. Gua rasa rokok itu membazir. Lebih hebat daripada minyak kereta. Duit minyak boleh turun, duit rokok sejak gua darjah satu sampai sekarang tak pernah turun lagi.

Gua tahan, pekena teh tarik dulu.

Gua nak panggil roti canai. Mak cik itu tak endahkan gua. Dah berkali kali dia lalu tepi gua? Gua tak cukup hensemkah?

Gua check pakaian, kaca mata hitam, semua package gua sudah buat. Takkan nak suruh gua tanggalkan baju? Tak boleh makcik, ini kedai kopi tepi jalan... bukan bilik I.

Sudah 15 minit gua masih belum order roti gua lagi. Gua berfikir lama, macam mana nak menarik perhatian makcik ini.

"Kak! Roti satu." gua jerit.

Makcik itu mengangguk. 2 minit kemudian, makcik datang dengan roti gua.

Gua senyum. Gua rasa, gua boleh menipu demi roti canai. Konfirm gua masuk neraka nanti.

p/s: I'll be in Klang/KL on the 6th and 7th December. Come to think of it, I'm getting tired of KL.

Comments

Popular Posts