.guling atau gulung?

"You tak tau siapa DancingDodi?" tanya HappyHunny.

"Dah tak ingat" jawab aku.

HappyHunny cuba menjelaskan ciri-ciri yang mungkin membolehkan aku ingat kembali kawan aku ini. Aku cuba, tetapi tidak berjaya.

Dia berkata lagi, "She's quite chubby?"

Aku tak tahu kenapa tapi imej "sebelum" dalam iklan langsing badan muncul dalam fikiran aku.

"Oh... patutlah aku tak ingat" jawab aku.

"DancingDodi tinggal dekat ngan KL aje. Tiup pun sampai."

"Betul ka? Kalau aku tiup tak sampai.. aku gulungkan dia ke KL." aku gelak.

"Gulung?" tanya HappyHunny. Kemudian dia ketawa terbahak-bahak, "You mean guling. Ko ingat dia permaidani ke?".

Aku rasa dari telefon ajaibnya, dia tahu muka aku merah malu. Dia gelak lagi. Tak berhenti-henti dan semakin kuat. Aku tunggu hingga keadaan reda, sampai HappyHunny teresak-esak dengan ketawanya.


Kemudian aku meneruskan perbualan dalam Bahasa Inggeris.

Comments

Popular Posts