.hari minggu.

aku tengok jam tangan aku, sudah pukul 3. bukan 3 petang, 3 pagi.

kami masih duduk di satu sudut. topik yang dibincangkan masih sama dengan tadi.

aku perasan ramai lagi yang masuk keluar. hari ini hari Sabtu, mungkin mereka baru balik dari kelab malam. dari pemakaian dan perwatakan mereka, aku rasa memang tepat tekaan aku.

aku tengok jam lagi, baru pukul 3.05 pagi.

agaknya masih lama lagi pagi ini. mata aku sudah berat.

walaupun penat dan sudah larut malam. kami enggan balik lagi. sebab esok Ahad, dan hari minggu memang berlalu dengan cepat. Kalau diikutkan hati, malam ini kami tak tidur lah.

Aku sedang bertanding dengan Pak Ronald tua depan kedai Macdonald ini. Dia boleh tahan tak tidur 24 jam, masakan aku akan kalah kepada dia?

Cakap.

Comments

Popular Posts