.balik dari KL.

aku sudah balik dari KL. menetap di midvalley.

HappyHunny berjumpa aku. dia semakin cantik dan putih. Mesti dia tonyeh Olay Natural White Radiance kat muka dia tiap tiap pagi. (mesti bangga giler betina ini)

kita bertemu dengan pakwenya, Cik Mee. Aku rasa nama tengah dia M untuk Maggi.

Cik Maggi Mee. Aku gelak sendiri, tak berani bersuara lantang.

Cik Mee gempal, sorry, the politically correct term is "Fit" (lawak aje HappyHunny, jangan marah ye.. tapi dia memang FIT)

anyway, aku masuk duduk kereta putih Myvi SE HappyHunny. Kereta dia penuh dengan barang Ikea, Topman, Adidas dan banyak lagi.

HappyHunny kurus, pendek tapi belanja macam puteri. Aku jeles.

Keesokan harinya, aku juga pergi Ikea. Aku juga beli bermacam-macam. Sah kereta HappyHunny ada jin Ikea. Kalau tidak, masakan aku akan berbelanja sampai tak cukup wang untuk makan minggu depan?

Mungkin minggu depan aku makan Maggi Mee saja.
Kalau aku jadi gempal kerana makan Maggi Mee... mungkinkah orang akan menggelar aku Encik Maggi Mee?

Dahsyat. Aku takut.

p/s: Lepas ini aku nak menang tiket Mamma Mia.
malay
September 15, 2008
0

Search

Recent Comments