Friday, August 29, 2008

.merdeka tahun ini.

51 tahun sudah berlalu sejak merdeka dilaungkan oleh Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman. Nak dikata cepat bukannya cepat sangat, nak dikata lambat bukannya lambat sangat.

Tahun ini mesti banyak orang yang mengibarkan bendera. banyak lagi orang yang melaungkan bendera sambil merempit di jalanraya.

tahun ini aku berasa patriotik. aku ingin mengibarkan bendera. mazee membeli bendera seringgit 50 sen dari kedai serbaneka. aku tersangat teruja. melompat-lompat sambil meminta mazee memberi aku satu.

dapat-dapat aku terus masuk kereta dan cari tempat yang strategik untuk letak. memanglah, dasar dah berpatriotik biarlah satu dunia nampak.

tak ada tempat strategik selain dashboard depan. tak boleh diletakkan begitu saja, kalau aku pusing... sah jatuh. jadi aku pun letakkan double sided tape dan menekannya kuat ke atas dashboard aku. confirm semua orang nampak.

lepas ini, aku teringin nak bawa kereta jalan-jalan. biarlah petrol naik harga sampai RM3.00 pun aku rela.

tapi mazee bertanya, "yang kau pi letak double sided tape tu buat apa?"
betul juga... lepas 31 ini... nak ambil turun pun susah. nanti ada kesan atas dashboard aku kang dah tak hensem dah.
"takpe" aku fikir. biarlah ia disana walau lepas 31 pun. biarlah aku mengibarkan bendera dan berpatriotik setiap hari. mentang-mentang dah nak merdeka.. jiwang betul fikiran aku.

lepas aku melekatkan bendera, aku pun keluar dari kereta dan membuang plastik pembungkus serta cebisan double sided tape tepi jalan.

mazee nampak dan tersenyum.
aku masuk balik ke dalam kereta dan menurunkan bendera sambil mengutip sampah aku.

yang mengibarkan bendera itu tak semestinya berpatriotik, yang mengutip sampah tepi jalan... itulah yang berpatriotik. kan?

tahun ini, kita lupakanlah segala masalah negara kita. kita maaafkanlah segala masalah negara kita. biar kita bersyukur atas apa yang kita ada. biar kita memperbaiki dengan hasrat untukmu malaysia.

kita satu bangsa, kita satu negara, kita bersatu untuk malaysia.

----------------------

.sodomi.

hari ini aku nampak anjing jantan aku cucuk punggung anjing jantan lain.

dengan spontan aku mengetatkan punggung aku.

masalah psikologi ini disebabkan artikel artikel sodomi yang terlebih papar.


sila bebaskan punggung aku.

4 commented:

rose-fied-tiey said...

happy merdeka day!! :)

..::SipuT::.. said...

funny la...hai yo..

bajrai_girl said...

jimmy2..never thought u're so patriotic.. but inspiring entry.. but not the sodomi one..

zeemi said...

fied: thanks

st: glad to see you better

bajrai (apasal dgn nama ni?): hey, i was always patriotic ok?