Friday, July 25, 2008

.dijangkiti comel.

Minah dekat tempat kerja aku selalu menjenguk aku. Aku perasan dari tepi mata. Biasalah, lelaki berkerjaya yang ada gaya, mutu dan keunggulan.

Minah ini agak comel juga tetapi dia tidak pernah bersapa dengan aku selain "hello, selamat pagi" atau "selamat tinggal, bye..."

Hari ini aku terserempak dengan dia di parking lot. dia menjenguk aku semacam dari keretanya. aku pun macam biasa, senyum dan berjalan.

sambil menunngu lift yang lambat, dia mula membuka mulut.

"Hari ini nampak comel aje." semput Minah itu.

Aku diam dan berfikir sejenak, "Eh, kan selalu pun aku comel jugak"

"Tidaklah, selalu nampak gaya sikit, garang jugak. Hari ini nampak macam nak cubit aje" kata Minah.

"Eh, pakaian aku bukannya baru, stail rambut pun sama. Apa yang bezanya?" tanya aku.

"Hari ini kau pandu kancil. Nampak comel sangat kancil tu. Menjangkiti kamu"

"Ish, geram aku"

Kita pun gelak bersama-sama macam orang gila dalam lif itu.

0 commented: