Friday, June 13, 2008

.tersalah sangka.

aku duduk dalam office. tiba tiba , kedengaran bunyi "ting". ada awek cun nak "add" aku dan berborak dengan aku. mungkin sebab aku bubuh gambar hensem aku dalam profile dan display picture.

aku pun menjawabnya dan berborak dengannya.

dia agak peramah. mungkin sebab aku mempunyai gaya, mutu, keunggulan.

tak sampai 20 baris, aku mula tanya tentang pekerjaannya. rupanya, dia nak cari customer. dan aku pula menjadi "targetnya".

aku mulai meragui kehenseman diri.

"tidak" aku fikir.

"mesti adegan mencari customer ini salah satu tambahan kepada keinginannya untuk berkenalan dengan aku".

tak puas hati aku. aku pun pergi melihat gambar profile apa yang diletak aku. mesti cun gila.



"alamak".

rupa-rupanya aku memilih si Bart Simpson sebagai gambar profile aku.
mungkin Bart Simpson lebih hensem daripada aku.


... hmmm.... mustahil bin ajaib... tak mungkin...

0 commented: