.tandas tak cukup.

Sue sudah banyak kali berulang alik ke tandas dari tempatnya. Aku duduk dalam bilik aku memerhatikan gerak langkahnya.

Sudah tidak sabar aku memerhatikan Sue.

Akupun bertanya "Sue, sakit perutkah kamu ini? Atau sedang menghilangkan najis bertubi tubi?"

Sue senyum tidak bersemangat. "Tandas perempuan ada orang. Dah lama. Selalu macam ini."

Haruka menyampuk pula "Masuklah bilik air lelaki. Aku tolong tengokkan."

"Mana boleh? Nanti dalam ada orang macam mana?" aku pun tanya.

Haruka berkata "Kita tengok-tengok dulu sebelum masuk. Tak apa."

"Kalau macam itu, untunglah aku." senyum aku.

"Kenapa?" Tanya Sue.

"Lain kali ada orang dalam bilik air lelaki aku pun akan tengok-tengok dalam bilik air perempuan"

"Jahat..." marah Sue dan Haruka serentak.

Comments

Popular Posts